RSS

Monday, February 14, 2011

~ Ada apa dengan BUNGA API ~

Kali nie aku nk cite psl bunga api plak..sbb ye skrg ni baru lpas raye cine...mase raye cine aritu byk la aku tgok org main bunga api & mercun sana sini..mmg meriah giler aku tgok..dan aku mmg suke tgok bunga api ni..lg2 bunga api yg cantik2 mcm time merdeka tu..fuhh!!! mmg best giler..rse tenang & semua mslh hilang lpas tgok bunga api tu..huhuhu..mcm pelik kan faveret aku ni..huhuhu..utk sape2 yg xtau asl usul bunga api atau sejarah bung api, sila bace entry ni smpai abis..hehe..enjoy ur self!!
Ni adlh gmbr pertunjukan bunga api kt Putrajaya yg aku dpt kt pakcik Google..hehe



Dan yg ni adlh sejarah bunga api yg aku cilok dr wikipedia...('',)


Bunga api ialah sejenis peralatan yang dibina menggunakan bahan letupan lemah yang bertujuan sebagai estetik dan hiburan. Pameran bunga api ialah pertunjukkan yang menggunakan peralatan tersebut untuk menimbulkan efek bunga api tersebut.
Bunga api digunakan dengan meluas untuk menghasilkan empat kesan utama: bunyi, api/cahaya yang berwarna, asap dan bahan terapung (seperti konfeti) melalui pembakaran bahan-bahan tertentu seperti serbuk letupan, sulfur dan pelbagai jenis bahan kimia yang lain.
Bergantung kepada rekaan pakar bunga api, ianya dihasilkan untuk mengeluarkan api dan asap berwarna yang mengandungi satu atau lebih warna, iaitu merah, jingga, kuning, hijau, biru, ungu dan perak.
Bunga api telah dicipta oleh orang Cina purba pada kurun ke-12 untuk menghalau roh-roh jahat, dimana ianya direka melalui penambahbaikan ubat bedil Cina. Pertunjukan bunga api dianggap penting kepada kaum Cina apabila ianya digunakan sehingga sekarang iaitu melalui sambutan Tahun Baru Cina, dan sambutan perayaan Kuih Bulan. Negara Cina merupakan pembekal dan pengeksport utama bunga api di dunia.
Oleh kerana bunga api menghasilkan asap beracun yang berupaya mencemarkan alam sekitar dan mencederakan orang lain, perdebatan mengenainya dibincangkan seluruh dunia.


SEKIAN...