Monday, November 29, 2010
~ Buat Yang Tersayang ~
Saturday, November 27, 2010
~ Jalan - Jalan Sebelum Exam ~
Wednesday, November 3, 2010
Kenangan Di Kolej Matrikulasi Pahang (07/09)
kt ats ni plak gmbr klas ak mse PDT dulu..ak dpt klas 4 D 19..mule2 nmpk skema je bdk2 klas ak ni..tp bile dh lame knl, mmg giler2 jgk dorg ni..mcm ak..hahaha..dlm klas ak ni mcm2 bdk ade, mksud ak dr pelbagai negeri asl ye..tp ak baik giler dgn bdk Perak sorg ni, name ye Fiza..die ni mude 1 thun dr ak..xtau la mcm mne ktorg bleh rapat..ak dgn die pon lbih kurang mcm belangkas jgk..xbleh berenggang..kt mne ade ak, ade la Fiza..huhu.. mcm ade chemistry..mgkin sbb tarikh lahir ktorg same kot..tu yg jd kamceng tu.. =)
lpas abis thun PDT kene la smbug utk thun PST plak..mule2 tkot xdpt smbug..mane x ye, exam ye susah giler..last2 dpt surat utk smbug..hepi ye dpt jmpe kwn2 PDT lg..tp kali ni ak dpt dok bilik lain..kt C1-T3-05..bdk2 baru yg PST dftr awal 1 ari..so, bdk2 yg ex-PDT ni dftr keesokan ari ye..lpas dftr ak msuk la bilik..knl la dgn roomate2 junior yg bru..terkejut ak kali ni semua roomate ak bdk Terengganu..aduhh!!! ape la yg dorg dok ckp ni..x fhm ak...=) ni la roomate2 ak..yg baju kurung hijau tu ak pggil Bi, yg bju oren tu plak Ma @ Azma..dan yg bju hijau sblh ak tu name ye Dayah..terharu ak bile dorg pggil ak akak kt bilik tu..hahaha..dorg tu semua bdk Sains Hayat, ak sorg je Sains Fizikal..mule2 mmg susah nk fhm loghat Ganu dorg tu..tp bile dh slalu dengar dh fhm dh skrg..sbb tu skrg kwn2 ak nk ckp Ganu @ Kelntn ak xkesah..dh pakar la katekan..hahaha...ade roomate dgn dorg ni mmg best giler..kpale pon giler2 mcm ak jgk..giler gmbr..hahaha..yg best ye, geng ak jd rmai sbb kwn2 roomate ak pon join skali lepak kt bilik ak..sng cite bilik ak ni dh mcm kedai kopi dh..ade je org dtg..huhuhu..mlm2 bilik ak la yg paling bising sbb ktorg dok gelak & terjerit2..nk2 klu tgok movie..mmg giler..hahaha
klas mse PST ni plak ak dpt klas 5 F 36..mmg happening..dgn bdk2 ye yg lg2 giler kpale..tp kali ni ak kamceng dgn bdk2 lelaki klas ak..xtau la knape..mgkin dorg jenis yg sporting kot..smpai bleh kuar outing & tgok Jom Heboh same2 lg tu..ak pon mcm x caye..hahaha..bdk2 ex-PDT kt klas ni cume ade 4 org je..ak, Sidah, Azri & Ruzilan..mule2 mcm xbest sbb ak xbrape knl kot dorg ni..tp bile lame2..jd geng dh..hahaha..kwn baik ak klas ni ialah Hana..kwn kpd Azma roomate ak..tu yg baik giler..slalu lepak kt bilik ak..mmg byk kenangan yg ak dpt kt matrik ni..pahit manis semua ye ade..rse rindu kt matrik..huhuhu..rse ye ni je kot yg ak dpt cite kan psl kenangan kt matrik..klu ikutkan mmg byk lg, tp ak dh penat nk taip..kpale dh pening2 lalat dh ni..huhuhu..wassalam...
Saturday, October 30, 2010
Gile Gambar
JANGAN MENCARI YANG TERLALU SEMPURNA
Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....
Thursday, October 21, 2010
Thursday, September 30, 2010
MY 21st BIRTHDAY
Monday, September 20, 2010
Lirik Lagu Maaf-Radja
Aku suke sgt dgn lagu ni...lagu ni amat bermakna dlm hidup aku...ade kisah disebalik lagu ni...aku harap korang dpt hayati lirik lagu ni...enjoy your self!!!!
Radja – Maaf lirik
bila aku salah tolong maafkanlah
ku tak ingin membuat kau menangis
aku tahu kau marah
aku tahu kau luka
tapi jangan paksa tuk berpisah
* aku ingin selalu bersamamu
walau senang, walau kita susah
reff:
mungkin aku salah di matamu
mungkin aku lemah di matamu
tapi tak pernah terpikir
kau pergi tinggalkan aku
bila aku salah di matamu
bila aku lemah di matamu
ku hanya bisa memohon
maaf atas salahku
aku tahu kau marah
aku tahu kau luka
tapi jangan paksa tuk berpisah
repeat *
repeat reff
repeat *
repeat reff [2x]
Thursday, July 15, 2010
Monday, July 5, 2010
MuNaJat CinTa
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMU…
Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMU, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cintaMU…
Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hatiMU…
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMU…
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga MU…
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih MU, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMU…
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasih MU, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada MU…
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasih MU, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada MU…
Ya Allah engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada MU, telah berjumpa pada taat MU, telah bersatu dalam dakwah padaMU, telah berpadu dalam membela syariat MU, kukuhkanlah ya Allah ikatannya, kekalkanlah cintanya, tunjukkanlah jalan-jalannya, penuhilah hati-hati ini dengan nur MU yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMU dan keindahan bertawakkal di jalan MU…
Saturday, June 12, 2010
Adakah dia mencintai kita?
SAMA-SAMA KITA RENUNGI DAN..... APAKAH AKAN KITA TEMUI ORANG YG SEBEGINI.... ...
1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut.. kamu akan menyesal melakukannya! ]