RSS

Tuesday, September 8, 2009

RENUNGAN...

Jangan bersedih, kerana qadha’ telah ditetapkan, sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi, pen-pen telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan pun telah dilipat dan setiap perkara telah ditetapkan! Betapa pun, kesedihan tidak dapat mendahului atau menta’khirkan kenyataan yang terjadi dan tidak juga mampu menambah atau mengurangkan apa yang telah ditetapkan.
Jangan bersedih, kerana kesedihan itu akan mendorong untuk menghentikan putaran roda zaman, menyelubungi matahari agar tidak terbit, memutar jarum jam kembali ke masa lalu, berjalan ke belakang dan mengembalikan aliran sungai ke sumbernya semula!
Jangan bersedih, kerana kesedihan itu laksana badai yang merosakkan cuaca, membuat air banjir di mana-mana, mengubah cuaca langit, dan merosakkan keindahan bunga-bunga yang sedang mekar di taman.
Jangan bersedih, kerana orang yang merasa sedih itu bagai sungai, muaranya di laut dan mengalir ke laut kembali. Ia juga ibarat seorang wanita yang mengurai pintalan tenun yang kuat pintalannya, ibarat seorang yang meniup bekas dari kulit yang berlubang, dan seseorang yang menulis di atas air dengan tangannya.
Jangan bersedih, kerana usia kita yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan hati kita. Oleh kerana itu, jangan habiskan usia kita dalam kesedihan, jangan biarkan malam-malam kita dalam kecemasan, jangan kita tukar kebahagiaan dengan ketakutan, dan jangan mensia-siakan waktu kita yang masih tersisa, kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak menyukai orang-orang yang mensia-siakan waktu.
( Petikan dari buku Don’t Be Sad : Dr.’Aidh Abdullah Al-Qarni )